Bismillahirrahmanirrahim…
Sejarah Sekolah Rendah Agama Rakyat
(SRAR) Al-Akhlaqiah ini mula diasaskan pada tahun 1977 oleh tiga orang individu
iaitu Ustaz Haji Idris bin Sudin selaku pengerusi, Ustaz Haji Abdullah bin Haji
Sokri selaku setiausaha dan Haji Ishak bin Mahyudin selaku bendahari.
Walaubagaimanapun, sebelum tertubuhnya sekolah ini, para pelajar hanya
menumpang di Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan sahaja. Pada tahun 1974, pihak
FELDA telah menyediakan tapak untuk mendirikan Sekolah Rendah Agama Rakyat
(SRAR) Al-Akhlaqiah. Malangnya tapak tersebut telah rosak akibat dilanda ribut.
Setelah tiga tahun sekolah ini
beroperasi, barulah jawatan pengetua diwujudkan dan insan yang telah dilantik
memegang jawatan tersebut buat pertama kalinya ialah Haji Abdullah bin Haji
Sokri dan sekolah ini telah dinamakan sebagai Madrasatul Akhlaqiah. Tahun
pertama sekolah ini didirikan, ia hanya mempunyai tiga kelas sahaja dan hanya
berlantaikan tanah. Walaubagaimanapun bilangan pelajar ketika itu agak ramai
iaitu seramai hampir 200 orang pelajar. Kantin dan bilik guru juga masih belum
diwujudkan. Bilangan tenaga pengajar ketika itu hanya enam orang sahaja iaitu:
1) Haji Abdullah bin Haji Sokri
2) Haji Idris bin Sudin (meninggal dunia)
3) Osman bin Saad
4) Saudah binti Harun
5) Salasiah binti Ismail
6) Jamilah binti Abdul Rahman
No comments:
Post a Comment