HAJAH
SALMAH BT HAJI BAHARUDDIN
Hajah Salmah binti Haji Baharuddin telah dilahirkan pada tanggal 16 Februari
1966 di Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong dari Tahun 1
hingga Tahun 3. Selepas itu, beliau telah bertukar pula ke Sekolah Kebangsaan
Trolak Selatan pada tahun 1977 sehingga 1979 dan mendapat pendidikan agama di
SRAR Al-Akhlaqiah, Felda Trolak Selatan. Kemudian beliau menyambung pelajaran menengah
beliau di Maahad Al-Yahyawiyah, Padang
Rengas, Perak. Beliau mendapat pelajaran di situ selama 8 tahun iaitu dari
tahun 1979 sehingga 1986. Beliau menamatkan pelajaran dengan memperoleh Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) dan 4 Thanawi. Pada tahun 1995, beliau telah berpindah
dan menetap di Gugusan FELDA Trolak Selatan sehinggalah sekarang. Beliau telah
memulakan tugasan beliau sebagai seorang pendidik pada tahun 1987 di Tadika
Islam Sungkai, Perak. Pada tahun 1988, barulah beliau memulakan tugasan beliau
di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR). Setelah berkhidmat selama 22 tahun di
SRAR Al-Akhlaqiah, beliau telah dilantik menjadi pengetua pada tahun 2011
sehinggalah sekarang.
No comments:
Post a Comment