Monday, 24 December 2012

PENCAPAIAN SEKOLAH


1)      Selama 15 tahun Ustaz  Haji Abdullah bin Haji Sokri memegang jawatan sebagai pengetua sekolah, SRAR Al-Akhlaqiah ini telah berjaya mewakili negeri dalam pertandingan nasyid dan seni tulisan khat yang telah dianjurkan oleh FELDA.

2)      Pada tahun 1995, penyandang jawatan pengetua yang kedua iaitu Ustaz Osman bin Saad pula telah mengemaskini sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih sistematik.

3)      Pada tahun 2001, penyandang jawatan pengetua yang ketiga iaitu Ustaz Haji Ismail bin Haji Awang pula lebih menumpukan kepada disiplin para pelajar supaya semua pelajar mempunyai akhlak yang baik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan.

4)      Pada tahun 2007, penyandang jawatan pengetua yang keempat iaitu Ustaz Abd Samad bin Inin pula telah membantu sekolah memperoleh bantuan daripada FELDA dan JAKIM dari segi membaik pulih sekolah. Pencapaian terbesar sekolah ini ketika itu ialah menjadi naib johan peringkat negeri selama tiga tahun berturut-turut (2008-2010) dalam pertandingan nasyid.

5)      Pada tahun 2011, pengetua SRAR Al-Akhlaqiah yang kelima iaitu Hajjah Salmah binti Haji Baharuddin menjadi pengetua wanita yang pertama dan juga merupakan seorang bekas pelajar sekolah ini. Beliau lebih menumpukan kepada keceriaan sekolah. Beliau telah mewujudkan perpustakaan, sistem punch card, dan aktiviti ko-kurikulum seperti futsal. Beliau juga telah mewujudkan jawatan pengawas sekolah dan pusat sumber bagi murid yang layak. Selain itu, beliau juga amat menggalakkan lawatan sambil belajar dengan matlamat untuk menjadikan “Madrasati Jannnati” (Sekolahku Syurgaku) bagi para pelajar. Berkat kesungguhan dan keprihatinan beliau, SRAR Al- Akhlaqiah telah berjaya menghantar wakil pertandingan bercerita kisah Al;Quran, syarahan Bahasa Melayu dan khat di peringat negeri Perak.

No comments:

Post a Comment