1)
Selama 15 tahun Ustaz Haji Abdullah bin Haji Sokri memegang jawatan
sebagai pengetua sekolah, SRAR Al-Akhlaqiah ini telah berjaya mewakili negeri
dalam pertandingan nasyid dan seni tulisan khat yang telah dianjurkan oleh FELDA.
2)
Pada tahun 1995, penyandang
jawatan pengetua yang kedua iaitu Ustaz Osman bin Saad pula telah mengemaskini
sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih sistematik.
3)
Pada tahun 2001, penyandang
jawatan pengetua yang ketiga iaitu Ustaz Haji Ismail bin Haji Awang pula lebih
menumpukan kepada disiplin para pelajar supaya semua pelajar mempunyai akhlak
yang baik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan.
4)
Pada tahun 2007, penyandang
jawatan pengetua yang keempat iaitu Ustaz Abd Samad bin Inin pula telah
membantu sekolah memperoleh bantuan daripada FELDA dan JAKIM dari segi membaik
pulih sekolah. Pencapaian terbesar sekolah ini ketika itu ialah menjadi naib
johan peringkat negeri selama tiga tahun berturut-turut (2008-2010) dalam
pertandingan nasyid.
5)
Pada tahun 2011, pengetua SRAR
Al-Akhlaqiah yang kelima iaitu Hajjah Salmah binti Haji Baharuddin menjadi
pengetua wanita yang pertama dan juga merupakan seorang bekas pelajar sekolah
ini. Beliau lebih menumpukan kepada keceriaan sekolah. Beliau telah mewujudkan
perpustakaan, sistem punch card, dan aktiviti ko-kurikulum seperti
futsal. Beliau juga telah mewujudkan jawatan pengawas sekolah dan pusat sumber
bagi murid yang layak. Selain itu, beliau juga amat menggalakkan lawatan sambil
belajar dengan matlamat untuk menjadikan “Madrasati Jannnati” (Sekolahku
Syurgaku) bagi para pelajar. Berkat kesungguhan dan keprihatinan beliau, SRAR
Al- Akhlaqiah telah berjaya menghantar wakil pertandingan bercerita kisah
Al;Quran, syarahan Bahasa Melayu dan khat di peringat negeri Perak.